Labels

Saturday, February 5, 2011

Mujahidah ‘Disini’ & ‘Disana’


Hari ini..
 kita bergelak ketawa meraikan hari jadi bersama teman-teman
Oh sedapnya dihidang kek ,ayam roster atau paling tidak ikan bakar
Sibuk menceritakan kesedapan makanan, sanggup bayar mahal-mahal bagi memenuhi hajat nafsu walaupun yakin makanan tidak akan habis dimakan..

Tetapi dia…
Menangis di bawah khemah menantikan kepulangan ibunya..
Meyakini dan penuh berharap agar ibunya membawa makanan yang luar biasa untuk disatap hari ini..tidak hanya tepung, tidak hanya lebihan makanan lain dan berharap tidak lagi rumput menjadi makanan mereka..
Hari ini..kita sanggup stay-up minum kopi atau paling sedap mungkin Nescafe..
Sanggup bermujahadah belajar lewat sampai malam..

Tetapi..
 tidak sanggup untuk bermujadah memboycott barangan Zionist sekalipun mereka bergelar akhwat!
Ya..sanggup..sanggup sedekahkan peluru bertubi-tubi kepada anak kecil disana..
Itulah mujahidah disini..sedangkan mujahidah di sana setiap hari menantikan mujahidnya pulang dan tertanya-tanya adakah ini kali terakhir mereka menatap wajah suaminya…
Didalam kotak fikiran mujahidah Palestine itu bahawa bila-bila masa sahaja badan suaminya hancur di mamamah peluru Zionist yang mungkin barangkali di ‘supply’ oleh mujahidah disini.




Apa sumbangan kalian??



Ya ukht,
Dengarkanlah luahan adikmu di Palestin itu

“Sejauh mana usahamu membantu kami disini akak??”
“Kenapa akak tidak pernah bertanya khabar kami disini..Akak, Bila akak bertanya khabar kami melalui media,berita,itu sudah cukup memberi kekuatan kpd kami..tapi berat sungguh akak ingin melakukan begitu..malah ringan sahaja tangan akak ingin bertanya tentang pacar-pacarmu atau teman baik lelakimu..”

Di sini aku bersyukur hidup aman bahagia bersama kalian
Meniti hari-hari bersama untuk sampai ke destinasi..

Nukilan,
Adik Palestin

p/s- Sebarang info tentang mereka boleh melayari web: palestinkini.info
sekian.


No comments:

Post a Comment