Labels

Monday, December 27, 2010

~Gambar raya masa 2008 rasanya.Bahagianya rasa dapat berkumpul bersama~


Wahai saudaraku………
Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita…
Memandu manusia kepada hidayah dan menerangkannya…
Bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bemalas-malas,
Berusahalah utk menggerakkan org yg berdiam diri,
Mulakanlah dgn kaum keluargamu apbla bertugas menjalankan dakwah…
Krn mereka itu lebih utama & lebih hampir untuk dinasihati..


[kitab muntalaq,walid al-azumi,Diwan al-zawabi]


Harapanku moga dapat bersama hingga ke syurga.menantikan saat bahagia itu walaupun di dunia terasa pahitnya.

" Teringat pula pesan mak, kadang kala kak chik, manis itu mendatangkan bahaya dan pahit itu mendatangkan bahagia.seperti mana pahitnya ubat yg akhirnya menjadi asbab utk rasa lebih baik.juga sepertimana bahayanya gula manis tapi mendatangkan penyakit yg banyak."
Benar, mematangkan.. sejauh mana kita meletakkanya.


"Ya Allah jadikanlah aku  asbab untuk org lain mendapat Hidayah & Naungi aku dgn HidayahMu"

(Doa Syeikh Yusof Qardawi)
                                                                                              

Sunday, December 26, 2010

kata-kata Pujukan

Assalamualaikum to aulz! -Peace be upon you-


Hati meronta nak menyampaikan sesuatu w/pun musim exam! huhu jiwa mronta hati rs kering..adik Hq ana semuanya cuti dan Hq sem telah pun tamat.tp itu bukan alasan sbb teringat kata2 seorang ustaz mujahid mutaharrik katanya mutaharrik (Penggerak) itu bukanlah bila kamu di beri adik Hq then barulah kamu terkial-kial   nak topup everything! walhal ilmu itu adalah bila engkau menuntutnya engkau akn rasa lebih dekat dgn Allah dan bertambah amalan akhiratmu..ishhh,ni ayt utk ana ok??


hmm belek-belek tafsir fizhilal Quran karangan sayyid Qutb ms die tulis ni beliau dipenjara.hebatlah org tdahulu.Bg mrk hidup ini tiada alasan utk beristirehat.masyaAllah..tgok2 surah apa yg terdetik di hati..skali ternampak surah Alkautsar (Nikmat yg banyak).cepat2 ana membacanya


Surah al kautsar-diturunkan dimekah ,3 ayt je,surah Paling pendek tp padat!




Bismillah


A001

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

A002

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

A003

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).




Antara Asbab diturunkan surah ini adlh utk pujuk Nabi Muhammad saw yg sgt sedih bila org kafir Quraisy kata kpd Nabi Muhammad saw bhw tiada penyambung risalahnya slps kematian anaknya tercinta Ibrahim. 
Di antara mrk yg mengatakan demikian adlah:

1. Al Ash Bin wa'il
2. Uqbah
3.Abu Lahab
4.Abu jahal

Malah salah seorang dr mrk mengatakan " Biarkan sj dia, sesungguhnya dia akan mati tnpa pelanjut dan berakhir urusannya"

Inilah tipudaya mrk dan ia merupakan Tikaman yg hebat buat Nabi yg mulia! krn org Arab sgt bangga dgn mrk yg  byk anak. masa nilah turunnya wahyu drNya,kata Pujukan drNya memberi kegembiraan, kesejukan kedlm hatinya.


MasyaAllah..kalamNya yg begitu indah..rasa terbuai-buai menghayati bait kataNya..indahnya bila dipujuk. 


Allah menghiburkannya.Allah mjanjikan kautsar itu tdk terbatas,melimpah ruah, tdk terputus pd mu ya Muhammad! dan memberi ancaman kpd musuhnya bhw mmg tdk akn ada kesan pun disebabkan kebencian mrk walaupun sedikit.


Benar, satu surah dari AlQuran shj sudah mnjelaskan nikmat yg terlalu byk.mendamaikan.
Benar, Ancaman Allah terbukti buat mrk yg membencimu Muhammad! mrk telah terputus dr Rahmat & sebutan Muhammad kini terus berkibar dan menjulang tinggi.tanya sj, siapa yg tidak kenal Muhammad?? selawat dan salam buatmu.


Bila kita berinteraksi dgn AlQuran,maka kita akn nampak bahawa Surah ini memberikan byk impact kpd para daie  yg haus, yg penat bjalan di luar sana.yang merasakan tidak ramai yg mahu berjalan sama,saat jatuh menimpa mrk, saat ramai yg membenci mrk lantaran kebaikan yg disampaikan, maka..ingatlah NikmatNya terlalu byk kpdmu dan menanti mu di syurga jk itu yg kau mahu dan amalmu menuju ke destinasi yg dituju bukannya hanya mengatakan 'Ana cinta Akhirat tp amalan cintakan Dunia'.


Ingatlah teman,
Teruskan bergelumang dgn kebaikan w/pun dosa seringkali menghantuimu krn "sesungguhnya tiap kebaikan dpt menghapuskan kejahatan " (Surah Hud:114).


Dan Ingatlah,
Keimanan,Kebenaran dan Kebaikan (3K) tidak mungkin akan terputus.Cabang-cabangnya akn terus berkembang dan akarnya akn terus menjunam ke dalam!


La Tahzan ukht. Do answer this Question if u really get down.


" Apakah kiranya yg Hilang dari org yg telah menjumpai Allah?
1 persoalan yg membiarkan hati utk menjawabnya.


Ya Allah, terasa benar bhw kau disisi.sebenarnya kau sedang memerhati kami cuma kami tidakpernah rasa kehadiranmu krn dosa-dosa kami yg menghalangnya.Astaghfirullahalazim.
Butakah hati ini??


Sekian.Allahualam.











Saturday, December 25, 2010

Err kenapa eh?

salam


sj berkongsi cerita..mm pernah tbaca buku 20soalan org kafir kpd muslim.Dr zakir naik penulis,antara org hebat yg berdebate dgn org islam.He is clinician doctor tp memilih utk berdakwah all over d world.masyaAllah!



Berdebat bukan pkara remeh temeh sbb berdebat tdk digalakkn oleh islam apetah lg bedebat pkara2 kecik.tp ni berdebat ttg Aqidah!




Antara soalan basic mrk, kalaulah kita sbg muslim xdpt jawab malunya.hanya muslim pd nama?



1. Kenapa ya babi diharamkan??
- selalunya aku tahu die punca byk penyakit! tp tak tau pula sakit ape..hmm ni common kot org kita jawab..bukti dr ayt Quran?? ehh...sorii xingat! huhu..xingat pkara biasa tp Tak tahu??oh~



-Surah maidah (surah 5:ayt 3) 
" Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah,daging khinzir,daging haiwan yg disembelih ats nama selain ALLAH"



-Bibble hg mharamkan jgn terkejutt ye! so soklan ni mrk kene jawab jgk sbnarnya.



" Jgn makan babi.Binatang itu haram,jgn makan binatang itu dan jgn sentuh bangkainya" [leviticus 11:7-8]



a.So apa penyakitnya??



-makan daging babi boleh buat lebih kurang 70 penyakit!
-Penyakit biasanya berkaitan cacing(Helminthes).Cacing bulat,peniti,kerawit.
-Antr yg paling bhya adalah cacing jenis Taenia solium (Cacing Pita).cacing ni tmpat tggal kat usus pnjang pulak tu..Ovum (telur) die boleh masuk va bloodstream (salur darah) dan pergi ke bhgn byk organ manusia.
kalo g kat Otak-hilang ingatan, jantung (seranngan jantung), mata (buta),hati (cirhosis)..



-ramai kata alah kalo masak betul2 mati lah..kajian kat amerika.
Drpd 24 org yg mghidap pykit disbbkan cacing( Trichura trichurasis), 22 dah masak dgn betul!!! soo true~



Sbb lain diharamkan??



b. Sebabnya Babi adlh haiwan yg paling kotor dibumi! mrk makan dan menikmati najis mrk sendiri serta najis khinzir lain w/pun ternak die ditempat yg bersih.




Indahnya Islam, Sesungguhnya dia Maha Mengetahui tiap2 sesuatu s/pun pkaa itu sggggt lah kecil di pndgn manusia.Allahualam.





Next Question
-Adakah org islam menyembah kaabah???
blehlah jawab sesiapa yg ada pndgn.sekian.jzkk.

Wednesday, December 22, 2010

Dokter oh Dokter ~


::Akhwat semasa Program Daurah KL..To be Muslim Doctor soon Inshaallah::


Kebelakangan ini, terutamanya dalam suratkhabar banyak mengutuk House Officers. Juga merendahkan graduan dokor2 muda dari dalam dan luar Negara. Oleh pengaruh yang kuat dari pendapat Cuma beberapa individu dan bukan evidence based data, ramai doktor2 Islam telah percaya dan terpengaruh sehingga berpendapat :

1. Doktor akan terlalu ramai dalam jangkamasa terdekat
2. Houseman sekarang terlalu ramai
3. Houseman sekarang tak berkualiti
4. Houseman sekarang banyak masa lapang sehingga ada yang sempat tengok wayang etc.
5. Universiti swasta hanya mementingkan keuntungan dan hasilnya tak berkualiti
6. Universiti2 luar Negara dimana ramai orang2 Melayu/Islam pergi (kerana mungkin itu saja yang mereka mampu) adalah tidak berkualiti kononnya
7. Pada tahun 2015, kita akan kecukupan nisbah Dr : Pesakit


skrg nie ratio :
kat semenanjung Dr:Pesakit= 1:1000
 kat Sabah/srwk Dr:Pesakit= 1300
Australia= 1:40!
what a big suprised!

Saya ingin mengemukakan pendapat saya yang sangat bertentangan dengan pendapat di atas.
Pada pandangan saya, ini adalah agenda untuk mengurangkan doktor2 Melayu atau Islam untuk jangkamasa akan datang.
Kita semua maklum bahawa perkembangan kini telah meningkatkan nisbah doktor2 melayu dari 8 % sehingga lebih 38%. Kita pastinya tidak kecukupan kalau mengikut nisbah penduduk Malaysia dan kita juga maklum keperluan doktor2 yang sanggup bekerja di luar Bandar adalah sangat tinggi. Kebanyakan tanggungjawab ini dipikul oleh doktor2 Muslim sementara yang lainnya lebih mementingkan kepakaran dan wang yang banyak.

Kita juga maklum bahawa zaman ICT telah mula berakhir dan zaman akan datang adalah zaman biologi/bioteknologi dimana ia akan memandu kemajuan dan pertembungan peradaban. Inilah medan jihad masadepan untuk menjayakan perjuangan ummat. Ummat sangat2 memerlukan manpower dalam bidang ini. Perubatan, Pergigian, Farmasi, Health Sciences, semuanya akan penting untuk masadepan.
Pada pandangan saya, kita tidak harus terikut2 dengan trend yang buruk di atas kerana ia telahpun memberikan kesan negative yang sangat merbahaya antaranya :

1. Ramai house officer yang telah berhenti setelah beberapa bulan sahaja bekerja. Mereka telah di hina dan di kutuk oleh seniours seolah2 sangat tidak cekap dan bodoh. Padahal janji kita dalam sumpah pengamal perubatan Islam adalah untuk mendidik mereka yang muda dan menganggap semua adalah saudara kita dalam team yang sama. Ini adalah perbuatan seniors yang sungguh tidak beretika dan mengundang bala dari Allah!
2. Ramai yang cepat2 mahu untuk berhenti kerja setelah bertungkus lumus belajar tidak kurang dari 5 tahun dan bergegas untuk buat kursus preclinical walaupun belum habis housemanship dan tidak berdaftar penuh sebagai pegawai perubatan
3. Kementerian Pendidikan tinggi terlalu tergesa2 mahukan Moratorium untuk menghentikan university baru memulakan kursus perubatan. Kenapa?
4. Ramai tidak sedar bahawa para doktor Malaysia boleh berkhidmat di negara2 ummat Islam yang lain untuk membantu Ummat secara global. Kita takkan terlalu ramai doktor kalau kita memikirkan issue Ummat
5. Kita lupa bahawa bencana alam berlaku sangat kerap kebelakangan ini. Ia memerkukan khidmat bidang kita yang amat banyak. Bukan hanya boleh dikira dengan nisbah dr:penduduk sahaja
6. Kita juga lupa bahawa setiap kepakaran masih belum cukup tenaga kerja. Dengan adanya ramai graduan perubatan, lebih ramai boleh buat kepakaran yang masih tidak mencukupi.
7. Kita lupa bahawa dengan adanya ramai doktor, lebih ramai yang boleh berkhidmat untuk membantu yang miskin kerana kos perubatan akan menurun dengan adanya daya saing.
8. Ramai yang berkhidmat di Negara asing akan terpengaruh bahawa keadaan di Malaysia adalah teruk dengan adanya laporan akhbar pemfitnah itu dan tidak mahu pulang berkhidmat kerana merasakan ia berada di tempat terbaik meskipun hidup merana tanpa keluarga dan sanak saudara.

Saya berharap agar kita tidak tertipu dan banyak2 membaca surah Alkahfi kerana ini adalah zaman fitnah akhir zaman dimana manusia hanya memikirkan material tanpa melihat lebih jauh ke ganjaran akhirat

Marilah kita sama2 membantu ummat kita dan menjadikan profession kita satu perjuangan, bukan hanya mata pencarian. Kemahuan anak2 kita yang kuat untuk menjadi doktor janganlah di halang atau di hentikan. Merekalah pejuang yang akan menjayakan ummat bila kita sudah tua dan lemah. Sekiranya kita menghalang manusia dari jalan Allah, Dia akan melaknat kita dan meyamakan kita dengan orang2 kafir, Nauzubillah.


Allahu akbar!




sumber:http://fatihapenawarku.blogspot.com/

Lets say it together ~



Dari Usamah bin Zaid ra berkata.Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa diperlakukan dgn baik kemudian ia berkata'Jazakallahukhair (Smg Allah mmbalas kebaikanmu),
Maka ia telah cukup memujinya"

(HR: Tarmizi)


 Why not we practise this kind of simple du'a to others instead of saying TQ?:)
Lets say it together~ 


Thursday, December 16, 2010

That a Human


"Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan..Dia adalah segalanya
Korban kanlah apa sahaja kerana Nya
Cintakan Tuhan cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan cinta murahan



Kalaulah kita faham Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana Nya
Kita sanggup buat apa saja demi cinta pada Nya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya"

By: Mawaddah

That is a Principle of Love~or being love.
When you've fallen in love..would do Anything for ur Luv!is it??
Feeling happiest.
That is Human nature..
Fitrahnya manusia..being touched when thnking of HIS Mercy..
as said by Abdullah Ibn mubarak:


You disobey Allah, and yet you still claim to love Him. You would have obeyed Him had your love been true, for the lover is always obedient to the Beloved.
[Abdullah ibn Mubarak]



tp syg...its only happen when u get down..is it fair for HIM? 


Definitely not!




Memang inilah gambaran ALLah buat hambanya.

Firman ALLAH (Surah Fussilat)


41:49 Man are never tired praying for good, and if WE ill toucheth him, then he is disheartened, desperate.

~Itulah MANUSIA~
Seburuk-buruk penyesalan adalah di hari kiamat.
Wahai Pelaku Dosa!
Cukuplah dgn kealpaan smlm.fullstoped.
Kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan Dia reda kpdmu dan kamu Reda kpd-Nya

الحمد لله الحمد لله

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah..


الحمد لله الحمد لله
Dgn Nikmatnya yg melimpah-limpah..
walaupun masih byk Hamba-Hamba melemparkan balik dgn kejahatan..


الحمد لله الحمد لله
Tidak terkata dgn Nikmat Sihat..
Bila melihat mrk yg Sakit aku Malu dgn diri..
Jauh sekali utk Bersyukur..


Teringat 1 kesah di malam hari..
Bila melihat seorang budak Perempuan kecil(5 tahun) yg sggggt lah comel tak terkata.
petah brcakap tak henti- henti..
melayan kerenah anak kecil ini di katil Hospital (sje2 mncari keje)

Tapi xsangka di akhir katanya..

" Mamai ndak boleh jalan bah"
Mamai dah Lumpuh..mamai ekseden..ayahku meninggal"

Ungakapan itu buat aku terbisu.budak kecil yg sgtt Tabah...Aku tak pasti adakah dia faham apa itu Lumpuh??
Tak dpt bayangkan seumur hidupnya terbaring di katil semuda usia 5tahun!
Dalam sekelip mata ALLah M'ujinya..menguji Iman orang disekelilingnya..


Belum tibakah masanya aku utk bersyukur?
masih boleh mengenal erti bjalan,bleh bawa kete ,moto laju2? 
Kalo dgn izinnya boleh je bila2 masa Dia ambek hak milikNya kembali..
tapi Dia tunggu hgga saat itu Tiba.

Tak faham dgn segelintir manusia masih tidur, makan, keje, tidur..
Al Quran 1 ayt pun jgnlah harap nk pandang..
Solat??hmm masih di akhir waktu kott?kalo bleh nak buat 2 in 1 (mgrib_isya') contohnye~
Entahlah.


Tggu Hidayah dtg bergolek??
Bukannkah 'Huda' itu perlu dicarik? 
Ana menghitung diri.



Mg Hidayah Milik kita bersama



























Firman ALLAH:

5:35







"Wahai Orang-orang yg Beriman..BertaQwalah kpd Allah dan carilah Wasilah (jalan) utk mndekatkan diri kpd-Nya,Dan berjihadlah dijalannya agar kamu BERUNTUNG"

[O you who have believed, fear Allah and seek the means [of nearness] to Him and strive in His cause that you may succeed]


May ALLAH grant U a Momentum to move towards Him.Amin.