Labels

Friday, February 11, 2011

Peranan tarbiyyah dlm menggerakkan Dakwah

Perkongsian Daurah
Tarikh: 6/2/2011
Oleh : Ust.Ismail Anam

Daurah kali ini menekankan lebih kpd pembentukan Ar-Rijal.Alhamdulillah Allah membuka byk ruang utk menambah gedung ilmu & berharap para syabab ini melahirkan ke dalam bentuk ‘amal. Antara penekanannya adalah tentang:

i)             *Taghyir jalan kepada penyelesaian
ii)           Tarbiyyah Pembentuk Ar-Rijal

Taghyir atau maksudnya ‘Perubahan’ memang jalan kepada penyelesaian Ummah dalam erti kata:

i)             Siasahnya (pembentukan peribadi  m.u.s.l.i.m)
ii)           Fikrahnya yakni mereka yg mahu berubah dan merubah Jahiliyyah

Ramai  je daripada kita menyangka bahawa jahiliyah itu pada zaman kuno wujud.itulah ghazwah fikr (serangan fikiran) yg Berjaya dididik oleh Barat. Kalo ikutkan inilah ‘definisi’jahilliyah pd pemikiran org yg sudah diserang barat dgn ‘mrk yg telah tersedar’:

Barat
Islam
Hanya berlaku pd zaman Nabi
Berlaku pd bila2 masa
Hanya berlaku pd masy.Arab
Berlaku pd sesiapa shj
Hanya berlaku di Tanah Arab
Berlaku Di mana-mana shj

Itulah jahilliyah dahulu dan sekarang..tapi pada hakikatnya ia berlaku sekarang, berlaku kpd kebanyakan antara kita, dan berlaku di sekeliling kita..ya, memenuhi ketiga-tiga ciri jahilliyah!

Maka datanglah Peringatan-Peringatan dari AR-Rijal yg sedar tugasnya sbg ‘seorang khalifah & Hidupnya beribadah kpd Rabb yg 1.

Bukan mrk yg hanya 24 jam membuang masa berbual@ bergayut di Handphone tanpa tujuan, gelak tak ingatkan dunia, have a fun on weekend di mall2 besar..Bukan mengeji atau menghukum.krn ‘nahnu daie La Qudo’’ tp cuba membuat ‘diri kita tersedar’ dari lamunan panjang apa sumbangan kita pada pembentukan manusia..

Spt mana kata Syahid Imam Hassan Al Banna:

 Kami hairan bagaimana mrk boleh bergelak ketawa di kedai kopi, sedangkan kami siang malam menangis memikirkan masalah Ummat!!!

1 Persoalan  utk ditinggalkan:

Belum matangkah kita???

Moga kita insan terpilih & berusaha utk melayakkan diri kita utk dipilih.Sebagaimana Firman ALLah:

َمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ...
“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Surah Al-An’am 6: 125
  
 Surah 5:35



"Hai orang2 yang beriman takutlah kamu kepada Allah dan cari lah wasilah (jalan kepadaNya) dan berjuanglah pada jalanNya.."






-To be continue-


kosa kata:
1. Taghyir- Perubahan
2.Ar-Rijal- Pemuda yg berjuang



Saturday, February 5, 2011

Mujahidah ‘Disini’ & ‘Disana’


Hari ini..
 kita bergelak ketawa meraikan hari jadi bersama teman-teman
Oh sedapnya dihidang kek ,ayam roster atau paling tidak ikan bakar
Sibuk menceritakan kesedapan makanan, sanggup bayar mahal-mahal bagi memenuhi hajat nafsu walaupun yakin makanan tidak akan habis dimakan..

Tetapi dia…
Menangis di bawah khemah menantikan kepulangan ibunya..
Meyakini dan penuh berharap agar ibunya membawa makanan yang luar biasa untuk disatap hari ini..tidak hanya tepung, tidak hanya lebihan makanan lain dan berharap tidak lagi rumput menjadi makanan mereka..
Hari ini..kita sanggup stay-up minum kopi atau paling sedap mungkin Nescafe..
Sanggup bermujahadah belajar lewat sampai malam..

Tetapi..
 tidak sanggup untuk bermujadah memboycott barangan Zionist sekalipun mereka bergelar akhwat!
Ya..sanggup..sanggup sedekahkan peluru bertubi-tubi kepada anak kecil disana..
Itulah mujahidah disini..sedangkan mujahidah di sana setiap hari menantikan mujahidnya pulang dan tertanya-tanya adakah ini kali terakhir mereka menatap wajah suaminya…
Didalam kotak fikiran mujahidah Palestine itu bahawa bila-bila masa sahaja badan suaminya hancur di mamamah peluru Zionist yang mungkin barangkali di ‘supply’ oleh mujahidah disini.




Apa sumbangan kalian??



Ya ukht,
Dengarkanlah luahan adikmu di Palestin itu

“Sejauh mana usahamu membantu kami disini akak??”
“Kenapa akak tidak pernah bertanya khabar kami disini..Akak, Bila akak bertanya khabar kami melalui media,berita,itu sudah cukup memberi kekuatan kpd kami..tapi berat sungguh akak ingin melakukan begitu..malah ringan sahaja tangan akak ingin bertanya tentang pacar-pacarmu atau teman baik lelakimu..”

Di sini aku bersyukur hidup aman bahagia bersama kalian
Meniti hari-hari bersama untuk sampai ke destinasi..

Nukilan,
Adik Palestin

p/s- Sebarang info tentang mereka boleh melayari web: palestinkini.info
sekian.


Monday, December 27, 2010

~Gambar raya masa 2008 rasanya.Bahagianya rasa dapat berkumpul bersama~


Wahai saudaraku………
Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita…
Memandu manusia kepada hidayah dan menerangkannya…
Bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bemalas-malas,
Berusahalah utk menggerakkan org yg berdiam diri,
Mulakanlah dgn kaum keluargamu apbla bertugas menjalankan dakwah…
Krn mereka itu lebih utama & lebih hampir untuk dinasihati..


[kitab muntalaq,walid al-azumi,Diwan al-zawabi]


Harapanku moga dapat bersama hingga ke syurga.menantikan saat bahagia itu walaupun di dunia terasa pahitnya.

" Teringat pula pesan mak, kadang kala kak chik, manis itu mendatangkan bahaya dan pahit itu mendatangkan bahagia.seperti mana pahitnya ubat yg akhirnya menjadi asbab utk rasa lebih baik.juga sepertimana bahayanya gula manis tapi mendatangkan penyakit yg banyak."
Benar, mematangkan.. sejauh mana kita meletakkanya.


"Ya Allah jadikanlah aku  asbab untuk org lain mendapat Hidayah & Naungi aku dgn HidayahMu"

(Doa Syeikh Yusof Qardawi)
                                                                                              

Sunday, December 26, 2010

kata-kata Pujukan

Assalamualaikum to aulz! -Peace be upon you-


Hati meronta nak menyampaikan sesuatu w/pun musim exam! huhu jiwa mronta hati rs kering..adik Hq ana semuanya cuti dan Hq sem telah pun tamat.tp itu bukan alasan sbb teringat kata2 seorang ustaz mujahid mutaharrik katanya mutaharrik (Penggerak) itu bukanlah bila kamu di beri adik Hq then barulah kamu terkial-kial   nak topup everything! walhal ilmu itu adalah bila engkau menuntutnya engkau akn rasa lebih dekat dgn Allah dan bertambah amalan akhiratmu..ishhh,ni ayt utk ana ok??


hmm belek-belek tafsir fizhilal Quran karangan sayyid Qutb ms die tulis ni beliau dipenjara.hebatlah org tdahulu.Bg mrk hidup ini tiada alasan utk beristirehat.masyaAllah..tgok2 surah apa yg terdetik di hati..skali ternampak surah Alkautsar (Nikmat yg banyak).cepat2 ana membacanya


Surah al kautsar-diturunkan dimekah ,3 ayt je,surah Paling pendek tp padat!




Bismillah


A001

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

A002

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

A003

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).




Antara Asbab diturunkan surah ini adlh utk pujuk Nabi Muhammad saw yg sgt sedih bila org kafir Quraisy kata kpd Nabi Muhammad saw bhw tiada penyambung risalahnya slps kematian anaknya tercinta Ibrahim. 
Di antara mrk yg mengatakan demikian adlah:

1. Al Ash Bin wa'il
2. Uqbah
3.Abu Lahab
4.Abu jahal

Malah salah seorang dr mrk mengatakan " Biarkan sj dia, sesungguhnya dia akan mati tnpa pelanjut dan berakhir urusannya"

Inilah tipudaya mrk dan ia merupakan Tikaman yg hebat buat Nabi yg mulia! krn org Arab sgt bangga dgn mrk yg  byk anak. masa nilah turunnya wahyu drNya,kata Pujukan drNya memberi kegembiraan, kesejukan kedlm hatinya.


MasyaAllah..kalamNya yg begitu indah..rasa terbuai-buai menghayati bait kataNya..indahnya bila dipujuk. 


Allah menghiburkannya.Allah mjanjikan kautsar itu tdk terbatas,melimpah ruah, tdk terputus pd mu ya Muhammad! dan memberi ancaman kpd musuhnya bhw mmg tdk akn ada kesan pun disebabkan kebencian mrk walaupun sedikit.


Benar, satu surah dari AlQuran shj sudah mnjelaskan nikmat yg terlalu byk.mendamaikan.
Benar, Ancaman Allah terbukti buat mrk yg membencimu Muhammad! mrk telah terputus dr Rahmat & sebutan Muhammad kini terus berkibar dan menjulang tinggi.tanya sj, siapa yg tidak kenal Muhammad?? selawat dan salam buatmu.


Bila kita berinteraksi dgn AlQuran,maka kita akn nampak bahawa Surah ini memberikan byk impact kpd para daie  yg haus, yg penat bjalan di luar sana.yang merasakan tidak ramai yg mahu berjalan sama,saat jatuh menimpa mrk, saat ramai yg membenci mrk lantaran kebaikan yg disampaikan, maka..ingatlah NikmatNya terlalu byk kpdmu dan menanti mu di syurga jk itu yg kau mahu dan amalmu menuju ke destinasi yg dituju bukannya hanya mengatakan 'Ana cinta Akhirat tp amalan cintakan Dunia'.


Ingatlah teman,
Teruskan bergelumang dgn kebaikan w/pun dosa seringkali menghantuimu krn "sesungguhnya tiap kebaikan dpt menghapuskan kejahatan " (Surah Hud:114).


Dan Ingatlah,
Keimanan,Kebenaran dan Kebaikan (3K) tidak mungkin akan terputus.Cabang-cabangnya akn terus berkembang dan akarnya akn terus menjunam ke dalam!


La Tahzan ukht. Do answer this Question if u really get down.


" Apakah kiranya yg Hilang dari org yg telah menjumpai Allah?
1 persoalan yg membiarkan hati utk menjawabnya.


Ya Allah, terasa benar bhw kau disisi.sebenarnya kau sedang memerhati kami cuma kami tidakpernah rasa kehadiranmu krn dosa-dosa kami yg menghalangnya.Astaghfirullahalazim.
Butakah hati ini??


Sekian.Allahualam.











Saturday, December 25, 2010

Err kenapa eh?

salam


sj berkongsi cerita..mm pernah tbaca buku 20soalan org kafir kpd muslim.Dr zakir naik penulis,antara org hebat yg berdebate dgn org islam.He is clinician doctor tp memilih utk berdakwah all over d world.masyaAllah!



Berdebat bukan pkara remeh temeh sbb berdebat tdk digalakkn oleh islam apetah lg bedebat pkara2 kecik.tp ni berdebat ttg Aqidah!




Antara soalan basic mrk, kalaulah kita sbg muslim xdpt jawab malunya.hanya muslim pd nama?



1. Kenapa ya babi diharamkan??
- selalunya aku tahu die punca byk penyakit! tp tak tau pula sakit ape..hmm ni common kot org kita jawab..bukti dr ayt Quran?? ehh...sorii xingat! huhu..xingat pkara biasa tp Tak tahu??oh~



-Surah maidah (surah 5:ayt 3) 
" Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah,daging khinzir,daging haiwan yg disembelih ats nama selain ALLAH"



-Bibble hg mharamkan jgn terkejutt ye! so soklan ni mrk kene jawab jgk sbnarnya.



" Jgn makan babi.Binatang itu haram,jgn makan binatang itu dan jgn sentuh bangkainya" [leviticus 11:7-8]



a.So apa penyakitnya??



-makan daging babi boleh buat lebih kurang 70 penyakit!
-Penyakit biasanya berkaitan cacing(Helminthes).Cacing bulat,peniti,kerawit.
-Antr yg paling bhya adalah cacing jenis Taenia solium (Cacing Pita).cacing ni tmpat tggal kat usus pnjang pulak tu..Ovum (telur) die boleh masuk va bloodstream (salur darah) dan pergi ke bhgn byk organ manusia.
kalo g kat Otak-hilang ingatan, jantung (seranngan jantung), mata (buta),hati (cirhosis)..



-ramai kata alah kalo masak betul2 mati lah..kajian kat amerika.
Drpd 24 org yg mghidap pykit disbbkan cacing( Trichura trichurasis), 22 dah masak dgn betul!!! soo true~



Sbb lain diharamkan??



b. Sebabnya Babi adlh haiwan yg paling kotor dibumi! mrk makan dan menikmati najis mrk sendiri serta najis khinzir lain w/pun ternak die ditempat yg bersih.




Indahnya Islam, Sesungguhnya dia Maha Mengetahui tiap2 sesuatu s/pun pkaa itu sggggt lah kecil di pndgn manusia.Allahualam.





Next Question
-Adakah org islam menyembah kaabah???
blehlah jawab sesiapa yg ada pndgn.sekian.jzkk.

Wednesday, December 22, 2010

Dokter oh Dokter ~


::Akhwat semasa Program Daurah KL..To be Muslim Doctor soon Inshaallah::


Kebelakangan ini, terutamanya dalam suratkhabar banyak mengutuk House Officers. Juga merendahkan graduan dokor2 muda dari dalam dan luar Negara. Oleh pengaruh yang kuat dari pendapat Cuma beberapa individu dan bukan evidence based data, ramai doktor2 Islam telah percaya dan terpengaruh sehingga berpendapat :

1. Doktor akan terlalu ramai dalam jangkamasa terdekat
2. Houseman sekarang terlalu ramai
3. Houseman sekarang tak berkualiti
4. Houseman sekarang banyak masa lapang sehingga ada yang sempat tengok wayang etc.
5. Universiti swasta hanya mementingkan keuntungan dan hasilnya tak berkualiti
6. Universiti2 luar Negara dimana ramai orang2 Melayu/Islam pergi (kerana mungkin itu saja yang mereka mampu) adalah tidak berkualiti kononnya
7. Pada tahun 2015, kita akan kecukupan nisbah Dr : Pesakit


skrg nie ratio :
kat semenanjung Dr:Pesakit= 1:1000
 kat Sabah/srwk Dr:Pesakit= 1300
Australia= 1:40!
what a big suprised!

Saya ingin mengemukakan pendapat saya yang sangat bertentangan dengan pendapat di atas.
Pada pandangan saya, ini adalah agenda untuk mengurangkan doktor2 Melayu atau Islam untuk jangkamasa akan datang.
Kita semua maklum bahawa perkembangan kini telah meningkatkan nisbah doktor2 melayu dari 8 % sehingga lebih 38%. Kita pastinya tidak kecukupan kalau mengikut nisbah penduduk Malaysia dan kita juga maklum keperluan doktor2 yang sanggup bekerja di luar Bandar adalah sangat tinggi. Kebanyakan tanggungjawab ini dipikul oleh doktor2 Muslim sementara yang lainnya lebih mementingkan kepakaran dan wang yang banyak.

Kita juga maklum bahawa zaman ICT telah mula berakhir dan zaman akan datang adalah zaman biologi/bioteknologi dimana ia akan memandu kemajuan dan pertembungan peradaban. Inilah medan jihad masadepan untuk menjayakan perjuangan ummat. Ummat sangat2 memerlukan manpower dalam bidang ini. Perubatan, Pergigian, Farmasi, Health Sciences, semuanya akan penting untuk masadepan.
Pada pandangan saya, kita tidak harus terikut2 dengan trend yang buruk di atas kerana ia telahpun memberikan kesan negative yang sangat merbahaya antaranya :

1. Ramai house officer yang telah berhenti setelah beberapa bulan sahaja bekerja. Mereka telah di hina dan di kutuk oleh seniours seolah2 sangat tidak cekap dan bodoh. Padahal janji kita dalam sumpah pengamal perubatan Islam adalah untuk mendidik mereka yang muda dan menganggap semua adalah saudara kita dalam team yang sama. Ini adalah perbuatan seniors yang sungguh tidak beretika dan mengundang bala dari Allah!
2. Ramai yang cepat2 mahu untuk berhenti kerja setelah bertungkus lumus belajar tidak kurang dari 5 tahun dan bergegas untuk buat kursus preclinical walaupun belum habis housemanship dan tidak berdaftar penuh sebagai pegawai perubatan
3. Kementerian Pendidikan tinggi terlalu tergesa2 mahukan Moratorium untuk menghentikan university baru memulakan kursus perubatan. Kenapa?
4. Ramai tidak sedar bahawa para doktor Malaysia boleh berkhidmat di negara2 ummat Islam yang lain untuk membantu Ummat secara global. Kita takkan terlalu ramai doktor kalau kita memikirkan issue Ummat
5. Kita lupa bahawa bencana alam berlaku sangat kerap kebelakangan ini. Ia memerkukan khidmat bidang kita yang amat banyak. Bukan hanya boleh dikira dengan nisbah dr:penduduk sahaja
6. Kita juga lupa bahawa setiap kepakaran masih belum cukup tenaga kerja. Dengan adanya ramai graduan perubatan, lebih ramai boleh buat kepakaran yang masih tidak mencukupi.
7. Kita lupa bahawa dengan adanya ramai doktor, lebih ramai yang boleh berkhidmat untuk membantu yang miskin kerana kos perubatan akan menurun dengan adanya daya saing.
8. Ramai yang berkhidmat di Negara asing akan terpengaruh bahawa keadaan di Malaysia adalah teruk dengan adanya laporan akhbar pemfitnah itu dan tidak mahu pulang berkhidmat kerana merasakan ia berada di tempat terbaik meskipun hidup merana tanpa keluarga dan sanak saudara.

Saya berharap agar kita tidak tertipu dan banyak2 membaca surah Alkahfi kerana ini adalah zaman fitnah akhir zaman dimana manusia hanya memikirkan material tanpa melihat lebih jauh ke ganjaran akhirat

Marilah kita sama2 membantu ummat kita dan menjadikan profession kita satu perjuangan, bukan hanya mata pencarian. Kemahuan anak2 kita yang kuat untuk menjadi doktor janganlah di halang atau di hentikan. Merekalah pejuang yang akan menjayakan ummat bila kita sudah tua dan lemah. Sekiranya kita menghalang manusia dari jalan Allah, Dia akan melaknat kita dan meyamakan kita dengan orang2 kafir, Nauzubillah.


Allahu akbar!




sumber:http://fatihapenawarku.blogspot.com/

Lets say it together ~



Dari Usamah bin Zaid ra berkata.Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa diperlakukan dgn baik kemudian ia berkata'Jazakallahukhair (Smg Allah mmbalas kebaikanmu),
Maka ia telah cukup memujinya"

(HR: Tarmizi)


 Why not we practise this kind of simple du'a to others instead of saying TQ?:)
Lets say it together~